7 Punca Utama Stereng Kereta Anda Ketat dan Berat

Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda terpaksa menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutama ketika hendak meletak kenderaan ke dalam parking lot dan apabila kereta banyak membelok di simpang jalan.





7 sebab keadaan ini mungkin berlaku adalah kerana :


1. Tekanan angin tayar depan yang terlalu rendah atau tidak sama antara keduanya
2.  Diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama
3. Penjajaran (alignment) tayar depan kurang tepat
4. Brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel
5. Kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng
6. Kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan
7. Penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian/stereng.

Dalam pada itu, stereng automatik dan manual memang berbeza. Untuk tujuan meletak kereta, mengundur atau membelok, stereng automatik lebih mudah dan selesa. Namun, ada ketikanya masalah stereng berlaku ketika anda memandu laju pada kedua-dua model. 

Ketika kenderaan bergerak pada kelajuan tinggi di atas jalan yang rata, roda depan terasa meliar dan stereng sukar dikendalikan. Keadaan ini berbahaya terutama jika kenderaan bergerak laju melebihi 100 kilometer/ jam apa lagi jika melalui jalan basah dan licin.

mrkereta.com