5 Pemeriksaan Mudah Pada Stereng Kerata Anda
Jika anda berhadapan dengan keadaan sebegini, antara pemeriksaan dan pembaikan kecemasan yang boleh dilakukan termasuk memeriksa gerak bebas stereng. Gerak bebas stereng adalah gerakan berputar stereng yang tidak menyebabkan roda depan bergerak ke kiri atau kanan. Gerak bebas normal stereng adalah sebesar 10-30mm dari suatu tanda tetap.
Apabila gerak bebas stereng terlalu besar, maka akan terjadi kenderaan bergerak dalam keadaan liar. Memang sukar untuk memeriksa sendiri rod kemudi dan sambungan yang longgar, jadi bawalah ke bengkel.
Ketika sedang dipandu di atas jalan datar, bahagian belakang kenderaan bergoyang kuat sehingga menjejaskan keselesaan penumpang belakang. Keadaan itu boleh terjadi disebabkan bolt pegas daun penyerap hentak/absorber belakang patah. Akibatnya kenderaan tidak stabil dan tidak dapat dipandu dengan mudah terutama pada kelajuan tinggi. Keadaan ini sering terjadi terutama pada kenderaan besar.
Gejala yang sama mungkin terjadi disebabkan tiupan angin sampingan yang kuat. Bagaimanapun, keadaan ini banyak terjadi pada kenderaan ringan. Keadaan sistem pengemudian hendaklah diperiksa dengan teliti kerana ia berkaitan dengan keselamatan penumpang.
Anda Boleh Lakukan Sendiri/DIY
1. Periksa tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkat kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.
2. Periksa kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan, termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.
3. Pastikan beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan.
4. Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.
5. Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.
Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.
Post a Comment